
Salam,
Betulkah Takkan melayu hilang di dunia? Mungkin satu nasihat, doa ataupun gesaan kepada generasi lampau daripada Laksamana Hang Tuah. Mungkin juga kita boleh anggap ini adalah satu cabaran kepada semua warga Melayu tentang mengekalkan keberadaan Melayu di dunia ini.
Hebat sangat kah Melayu ini? Bukankah setiap tamadun itu akan musnah akhirnya? Jika mengikut perkiraan semasa? Bukankah tamadun Melayu telah lesap sejak keruntuhan kota Bersejarah iaitu Melaka? Yakah?Sebelum itu, apa yang dikatakan sebagai Melayu? Saya tertarik dengan takrif Melayu oleh Dato’ Dr Ismail Noor (seorang perunding pensyarah bertauliah) dan Mohamad Azaham (seorang peruniding bebas) dalam buku mereka yang berjudul “Takkan Melayu Hilang Di Dunia” yang berbunyi:
“Yang dikatakan ‘Melayu’ itu ialah seorang yang mengamalkan agama Islam, yang berketurunannya dapat dikesan hinggalah kepada nenek moyangnya di empayar Melaka Lama atau mana-mana tempat gugusan Melayu, dan dia kini bermastautin di Malaysia. Seorang Melayu mestilah berwarisan budaya tradisi yang memperkenalkanya sebagai insane berbudi pekerti. Dia hidup di dalam persekitaran yang penuh harapan serta berpandangan optimistic dalam menghadapi sesuatu kemungkinan. Keberkatan yang dianugerahkan Allah SWT membentuk sahsiahnya sebagai insan yang mengikut jalan kesederhanaan dan kesusilaan. Cabaran dunia moden ini telah meletakkan orang Melayu di dalam arena perdagangan dan perniagaan yang menjurus kepada k-ekonomi, sehingga menjanakannya ke era globalisasi dengan penuh keyakinan. Insya’Allah.”
Disini, dapat kita rungkai balik apa sebenarnya kekuatan Melayu itu. Melayu itu dikatakan ‘Melayu’ apabila seorang itu mengamalkan Islam. Agak-agak berapa ramai lagi yang ‘Melayu’ yang tinggal sekarang ini? Istilah mengamalkan Islam itu bukannya semata-mata menunaikan Rukun yang 5. Itu adalah asas kepada Muslim. Boleh jadi juga, ramai yang hanya jadi ‘Part Time Muslim’ sebabnya? Sangat banyak. Muslim bila tiba waktu solat, waktu puasa tapi dari sudut lahiriah dan spiritualnya jauh menyimpang.
Sungguhpun begitu, semua boleh jadi ‘Melayu’ jati juga sebab keturunannya berasal dari rumpun yang sama. Inilah yang selalu diutarakan, Melayu hanya pada nama dan keturunan. Malangnya, keperibadiannya itu bukan melambangkan sikap dan sifat Melayu. Sama macam orang lahir dalam keluarga Islam, secara automatik akan jadi Muslim. Insya’Allah jadi Mukmin.
Seorang Melayu mestilah berwarisan budaya tradisi yang memperkenalkanya sebagai insan berbudi pekerti. Seorang Melayu itu perlu jadi seorang yang cakna dan peka dengan warisan budaya yang ditinggalkan padanya. Rasa-rasanyalah, sekarang ini apabila kita bercakap soal warisan dan budaya apa yang lebih menonjol dalam benak kita?
Tarian?
Nyanyian?
Sketsa?
Puteri Gunung Ledang?
Seni?
Pada saya, budaya itu adalah apa yang tamadun itu lalui. Kehidupan masyarakat itulah budaya. Budaya Melayu termasuklah semua sudut yang bukan hanya tertumpu pada perkara yang disebutkan diatas. Contoh paling mudah, bila orang tanya apa budaya Melayu? Kita nak jawab macam mana? Oh, budaya Melayu telah tersebar keseluruh dunia. Kita telah mempromosikan tarian mak yong ke serata dunia dan bla..bla…Orang Melayu hidup dengan budaya Islam. Jadi kebudayaan Islam itulah kebudayaan Melayu.
Akhlak Melayu adalah berteraskan akhlak Islam. Sistem ekonomi Melayu juga berkonsepkan sistem perekonomian Islam. Semuanya kerana Melayu itu mengamalkan Islam. Generasi Melayu sekarang perlu jadi seperti Melayu yang kental jati dirinya, hebat peribadinya.
Mengikut analisis seorang bekas pegawai polis kanan, Dato’ J. J. Raj. Jr. (mantan OCPD Pagoh di zaman pertempuran dengan komunis):
“Were they fighting for democracy or for defence of the free world? Or was it for medals, promotions and rewards? Writers and historians of the future will have to decide for themselves…After all, who were these heroes? Were they highly trained commando units? No, they were not. They were just ordinary kampung men, with a standard six Malay vernacular education, recruited into the police force and given a few months training at the Police Depot. These simple ordinary Malay policemen were not motivated by any of the above…their motives were far more intangible than such rhetoric as the ‘defence of democracy’. Theirs was a fight to the death in defence of their religion, in discharging their responsibility to protect their families and the people. They have proven without doubt that they were tenacious fighters equal even to the world-famous Gurkha soldiers.”
Jadi, setuju tak apabila dikatakan bahawa sekarang ini Melayu semakin luntur keasliannya?